Wednesday, 29 October 2014

SESI BIMBINGAN KAUNSELING

  

PERKHIDMATAN SESI KAUNSELING DIJALANKAN DALAM DUA JENIS:



Sesi Kaunseling Individu

Bermaksud satu pertemuan seorang kaunselor dan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan membuat keputusan terbaik dari alternatif-alternatif yang diperlukan.




        Sesi Kaunseling Kelompok
 
Bermaksud pertemuan seorang kaunselor dan sekumpulan murid untuk mengadakan satu proses perhubungan atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian dan perkembangan diri  dan diikuti dengan membuat keputusan terbaik dari alternatif-alternatif yang diperlukan.

Pembimbing Rakan Sebaya



PENGENALAN

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah satu program untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.

Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.





PANDANGAN TOKOH 


TINDAL DAN GRAY,1985
  *Kaunselor sebaya ialah seorang individu,sama ada berdasarkan pilihan sendiri ataupun dipilih,memainkan peranan orang yang memberi pertolongan kepada rakan-rakan yang sebaya denganya.Mereka ini bukanlah ahli profesional tetapi berupaya menggunakan kemahiran kaunseling untuk menolong rakan mereka


MYRICK DAN BOWMAN,1981
  *Pembimbing rakan sebaya adalah individu yang masih bersekolah yang menggunakan konsep dan kemahiran menolong untuk membantu pelajar-pelajar lain,kadang-kadang orang dewasa,menjelajah beberapa alternatif(pilihan)di dalam satu-satu keadaan dan membuat keputusan yang berkesan dan bertangungjawab.


DOWNE,ALTMAN DAN NYSETVOLD,1986
  *Kaunseling sebaya adalah satu proses di mana pelajar-pelajar yang telah dilatih dipilih untuk membantu menggerakan perkembangan diri yang berkesan dan sistematik di kalangan rakan-rakan serta menolong mereka membina kemahiran menghadapi sebarang desakan.



can video games make you smarter???


can video games make you smarter???







AKTIVITI PENCEGAHAN

   
 KEMPEN ‘AWAS !! JANGAN MEMBULI’
          KEMPEN ‘AWAS !! JANGAN MEMBULI’      
   KEMPEN ‘AWAS !! JANGAN MEMBULI’

  • Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
  • Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.
  • Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.



Kempen awas!! Jangan membuli bermatlamat untuk :
1.    Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang risiko kegiatan buli
2.    Melahirkan generasi yang benci buli, dan membudayakan hidup menghormati orang lain
3.    Menjadikan sekolah tempat yang selamat dan bebas dari perkara negatif.

Objektif kempen awas!! Jangan membuli ialah :
1.    Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid-murid tentang bahaya buli.
2.    Meningkatkan semangat setiakawan dan semangat perpaduan di kalangan murid-murid.
3.    .Meningkatkan kesedaran kepada murid-murid, buli adalah jenayah.

Tentatif program :

Masa
Aktiviti
8:00 pagi
Ceramah anti buli di dewan sekolah oleh guru kaunseling :
1.    Apakah buli?
2.    Siapa yang terlibat (pembuli dan dibuli)
3.    Punca buli
4.    Kesan buli
5.    Cara menangani buli
10:00 pagi
Rehat
10:30 pagi
Tayangan video buli
11:00 pagi
Bengkel anti buli :
1.    Aktiviti bersama rakan sebaya
2.    Pertandingan sukaneka
3.    Pertandingan reka cipta lirik lagu anti buli
1:00 petang
Bersurai
Jadual 1 : tentatif hari anti buli


Rumusan program :
       
        Program anti buli mensasarkan murid sedar akan tindakan yang dilakukan terhadap rakan-rakan yang lain. Selain itu, program juga bertujuan bagi membina jati diri murid yang baik dan bertatasusila seperti yang diharapkan dalam rukun negara yang kelima. Program juga mengharapkan murid yang dibuli berani tampil kehadapan untuk memberikan aduan kepada guru-guru di sekolah. Seterusnya menyemai rasa selamat semasa di sekolah.


 

Pengenalan kepada Kelab Bimbingan dan Kaunseling

 KONSEP,MATLAMAT DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH



Konsep

Bimbingan membawa maksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid berkenaan. Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Di peringkat sekolah, masalah-masalah yang dihadapi oleh murid biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama iaitu masalah akedemik dan masalah emosi-sosial.

Di dalam proses bimbingan, murid yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh digunakan untuk membantunya menyelesaikan masalah tertentu. Menurut Forum Kebangsaan Bimbingan (2005),bimbingan juga boleh dilihat sebagai satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi,sosial,akademik,kerjaya dan sebagainya demi kepentingan masyarakat amnya,dan individu khasnya.

Menurut Shertzer dan Stone (1968), kaunseling ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam social, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahan serta potensi dan keupayaannya. Patterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan klien yang membawa perubahan klien pada akhirnya.

Kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental,psikologi atau perkembangan manusia serta strategi intervensi kognitif,afektif,atau tingkahlaku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi,perkembagan kerjaya atau patologi (Persatuan Kaunseling Amerika). Pada kebiasaannya, kaunseling berlaku secara bersemuka tetapi ada juga sesi kaunseling melalui telefon sepertimana yang dilaksanankan oleh Persatuan Befrienders,emel,atau konferens video. Kaunseling bukan bersifat pemberian nasihat. Kaunselor tidak mempunyai preskripsi penyelesaian bagi kebimbangan yang dialami oleh kliennya. Sebaliknya,klien akan ‘bekerja’ bersama-sama keunselor untuk memahami mengapa sesuatu isu atau kebimbangan itu timbul,serta mengenal pasti kepercayaan bercelaru yang berhubungkait.

            Menurut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oelh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Oleh yang demikian,konsep bimbingan adalah saling berkiat rapat dengan konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan oleh G.S Belkin dalam bukunya Practical Counselling in the School iaitu “bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala kaunseling pula merupakan nasihat penempatan dan pekhidmatan”.
                      
Falsafah 

Masalah disiplin dan akademik merupakan perkara biasa diperingkat sekolah sejak dahulu lagi. Hal ini kerana murid terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza-beza. Murid ini merupakan individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dari aspek kognitif, sosial, minat, tingkah laku, fizikal, moral, emosi, bakat dan pelbagai aspek lain yang terdapat di kalangan murid walaupun mereka ditempatkan di dalam satu kelas yang sama.

Oleh yang demikian, tahap keupayaan belajar murid ini turut berbeza di antara satu sama lain. Dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan ini tidak dapat diberi perhatian dan di layani oleh guru secara sepenuhnya. Tambahan pula tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu mencabar, guru terpaksa menggunakan kaedah keseluruhan kelas sebagai aktiviti pengajaran mereka. Dalam situasi ini, murid yang mempunyai kebolehan pembelajaran yang rendah akan mengalami kesukaran menerima serta ketinggalan di belakang ketika guru sedang mengajar.

Murid yang kurang minat dan rendah motivasinya kerap menimbulkan pelbagai masalah disiplin di sekolah terutamanya apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku di dalam bilik darjah. Andai masalah peribadi atau masalah pembelajaran tidak diselesaikan secepat mungkin,masalah lain seperti ponteng sekolah,menghisap rokok, salah gunaan dadah serta lain-lain aktiviti kurang sihat akan mudah menjalar di dalam diri murid. Akibatnya, prestasi akademik murid akan merosot dan seterusnya gagal.


Murid yang menghadapi masalah pembelajaran ataupun menimbulkan masalah disiplin memerlukan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah akademik mahupun masalah disiplin yang di hadapi. Perkhidmatan ini juga terlibat dalam memberikan nasihat dalam pemilihan matapelajaran elektif yang sesuai untuk kerjaya pada masa hadapan disamping menganjurkan kem motivasi untuk murid yang kurang berminat dan motivasi diri yang rendah untuk belajar. Secara khusus, falsafah perkhidmatan bimbingan dan kaunsleing berbunyi seperti berikut:
“Bahawasanya setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan kanak-kanak yang seimbang dalam aspek intelek,jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh”
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009

 Matlamat

Matlamat utama perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah memberi bimbingan penyelesain supaya murid dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalh peribadi, pembelajaran, mahupun kerjaya yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri. 

Kaunselor hanya perlu memahami masalah yang dihadapi oleh klien dan membimbing memikirkan penyelesaian masalah dari pelbagai sudut. Hal ini membolehkan klien memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapi.

Matlamat lain ialah memupuk kebolehan menyelesaikan masalah diri sendiri,membantu klien menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan pada masa hadapan.

Menurut Gibson,dlm Lunenburg (2010), perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ditawarkan disekolah rendah mempunyai beberapa matlamat iaitu memberi sokongan psikologikal dari pelbagai aspek termasuklah penyesuaian diri,kesihatan mental yang positif,penerimaan kendiri dan keberkesanan peribadi. Selain itu, perkhidmatan ini juga menyediakan kanak-kanak untuk bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat,seterusnya menigkatkan kebolehan mereka untuk memahami dan menerima kesan akibat pilihan tersebut.


Dalam konteks Negara Malaysia, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bermatlamat untuk mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan dari pelbagai aspek termasuk pengetahuan,sahsiah dan kemanusiaan bagi melahirkan generasi masa depan yang mampu berdaya saing dalam arena antarabangsa. Matlamat ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan berteraskan Zero Defect.

Rumusan

Konsep,matlamat dan falsafah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling penting untuk membantu kaunselor memahami cara-cara membimbing klien,memberi sokongan kepada klien malah membantu kaunselor untuk membimbing klien menyelesaikan sesuatu masalah. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat mengembangkan potensi diri  individu ke arah kecemerlangan dari pelbagai aspek. Seorang kaunselor perlu menghayati ketiga-tiga perkara asas supaya dapat memenuhi kehendak asas dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.